Satu keputusan berkenaan pindaan Misi & Objektif telah dibuat dalam Kursus Audit Dalam Amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat yang diadakan pada 7 hingga 8 Januari 2014 bertempat di Hotel Concord Inn, Sepang.
Poster terkini untuk makluman semua.
Rabu, 29 Januari 2014
GOTONG-ROYONG AMALAN 5S SIRI 3/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Jangan lupa melaksanakan gotong-royong amalan 5S esok di zon masing-masing ya
!! :-)
Isnin, 27 Januari 2014
LAWATAN AUDIT DALAM DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 23 Januari 2014 yang lalu bersamaan 21 Rabiulawal 1435 Hijrah pihak Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah menerima ketibaan rombongan ahli audit dalam daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tujuan lawatan audit dalam tersebut adalah bagi melatih ahli-ahli audit dalam mereka untuk melihat dan menilai tahap perlaksaaan amalan 5S di Pejabat/Daerah Tanah Kuala Langat sekaligus dapat dipraktikkan di dalam jabatan mereka.
Berikut adalah beberapa aktiviti audit dalam yang telah dijalankan daripada pihak MAIS ke atas Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat sendiri:-
MAJLIS PEMBUKAAN AUDIT DALAM MAIS |
SESI LAWATAN DAN AUDIT DALAM |
SESI PENUTUPAN AUDIT DALAM |
SEDIKIT CENDERAHATI DARI PIHAK PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA LANGAT KEPADA MAIS |
JAMUAN MAKAN |
Khamis, 23 Januari 2014
GOTONG-ROYONG AMALAN 5S SIRI 2/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jangan Lupa Melaksanakan Gotong -Royong Amalan 5S Di Zon Masing-Masing Ya!! :-)
Rabu, 22 Januari 2014
Isnin, 13 Januari 2014
PENYERAHAN BAJU AMALAN 5S
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 9 Januari 2014 bersamaan 7 Rabiulawal 1435 Hijrah,Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah menyerahkan baju amalan 5S untuk semua kakitangan pejabat. Penyerahan baju amalan 5S tersebut telah diberikan kepada ketua-ketua zon masing-masing.
berikut adalah antara zon-zon yang terlibat:-
ZON MUKIM BATU |
ZON MUKIM TELUK PANGLIMA GARANG |
ZON MUKIN MORIB |
ZON MUKIM TANJUNG DUABELAS |
ZON MUKIM PULAU CAREY |
ZON MUKIM JUGRA |
Jumaat, 10 Januari 2014
Khamis, 9 Januari 2014
Kursus Audit Dalam Amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat
7 - 8 Januari 2014 - Sepang : Pejabat Daerah/Tanah Kuala
Langat telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Amalan Amalan 5S selama 2 hari
bermula dari 7-8 Januari 2014 yang lalu, bertempat di Hotel Concord Inn,
Sepang.
Objektif kursus ini adalah :
Objektif kursus ini adalah :
- Memahami keperluan dan kepentingan melaksanakan audit dalaman 5S sebagai satu mekanisma ke arah membudayakan amalan 5S yang berterusan.
- Memberi pendedahan yang tepat tentang kaedah, prinsip dan piawaian 5S dalam melaksanakan aktivti audit dalaman yang efektif dan adil.
- Memperluaskan cetusan idea dalam merancang dan menguruskan keputusan audit sebagai penunjuk dan rekod peningkatan amalan 5S.
Membangunkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran juruaudit
dalaman agar lebih berkeyakinan dalam melaksankan tugas auditan 5S.
MPC dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi kursus ini .
Penceramah yang diundang ialah Encik Mohd Lizuan Bin Abd. Latif. Seramai 33
peserta telah hadir dalam menjayakan kursus ini.Kursus ini telah dirasmikan
oleh Encik Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk
Amalan 5S PDTKL. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menjayakan kursus
ini amat membanggakan disamping sokongan penuh oleh Naib Pengerusi yang turut
serta mendengar taklimat bersama peserta selama kursus ini berlangsung.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil ketika
kursus sedang berlangsung:-
Sesi Pendaftaran peserta kursus
Majlis perasmian kursus audit dalaman amalan 5S dirasmikan oleh En Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan 5S PDTKL
Sesi ceramah oleh penceramah Encik Mohd Lizuan Abd.Latif
Sesi taklimat dan ceramah
Aktiviti secara berkumpulan
Perbentangan aktiviti berkumpulan
Hasil /keputusan perbentangan berkumpulan
Mesyuarat penutup kursus dan latihan audit dalaman amalan 5s
Sedikit penghargaan dan cenderahati dari pihak Pejabat Tanah/Daerah Kuala Langat kepada tuan penceramah Encik Mohd Lizuan Bin Abd. Latif.
Jamuan makan selepas majlis penutupan kursus
Isnin, 6 Januari 2014
Langgan:
Catatan (Atom)