Selasa, 25 Mac 2014

PINDAAN TARIKH AUDIT MPC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Untuk makluman, Audit Sebenar Amalan 5S yang dijadualkan pada 27 Mac 2014 (Khamis) telah dipinda pada 9 April 2014 (Rabu).

Sehubungan dengan itu, diharap semua warga kerja dapat terus mengamalkan Amalan 5S dalam kerja harian dan terus memberi kerjasama serta mengekalkan prestasi sepanjang audit Amalan 5S dijalankan.



Khamis, 20 Mac 2014

GAMBAR PRA-AUDIT MPC











GOTONG ROYONG AMALAN 5S SIRI 10/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Gotong-royong Amalan 5S diteruskan lagi esok di zon masing-masing ya!!.
Fokus Utama adalah sapu. Pastikan tiada habuk diruang kerja anda!! 



PRA-AUDIT MPC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Pra Audit Amalan 5S telah dilaksanakan pada 17 Mac 2014. Panel MPC iaitu Tuan Hj Kamarudin Mamat berpuas hati dengan Amalan 5S yang dilaksanakan di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Tahniah & Terima Kasih diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat yang memberi kerjasama yang sangat baik.

Sehubungan dengan itu, Audit MPC sebenar akan dijalankan pada 27 Mac 2014 (Khamis) jam 9.00pagi. Diharap semua warga kerja dapat mengekalkan prestasi dan terus memberi kerjasama sepanjang audit Amalan 5S dijalankan.


Jumaat, 14 Mac 2014

PRA AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC


LAWATAN AMALAN 5S KE JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN NEGERI SELANGOR (JPS)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 7 Mac 2014 bersamaan dengan 5 Jamadilawal 1435 Hijrah, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena program Amalan 5S ke Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kaedah pelaksanaan program Amalan 5S di jabatan tersebut memandangkan Pensijilan Amalan 5S telah diperolehi baru-baru ini.

berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami semasa lawatan tersebut dijalankan:-















Pihak Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor kerana sudi menerima kunjungan daripada pihak kami, diharapkan pihak Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat dapat memperolehi pensijilan amalan 5S kami pula nanti InsyaAllah.

ATURCARA PRA-AUDIT AMALAN 5S

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Berikut dipanjangkan aturcara bagi Pra Audit Amalan 5S yang akan dijalankan pada Isnin ini 17 Mac 2014 untuk makluman tuan/puan.


INFO AMALAN 5S PDTKL : Persediaan Pra Audit Amalan 5S oleh MPC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Anda mempunyai 3 hari lagi bagi menghadapi Pra Audit Amalan 5S yang akan diadakan pada Isnin ini 17 Mac 2014 oleh Panel Penilai MPC!

Anda telah bersedia???



Pastikan perkara-perkara di bawah diambil perhatian.


Khamis, 13 Mac 2014

GOTONG ROYONG AMALAN 5S SIRI 9/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Gotong-royong Amalan 5S diteruskan lagi esok di zon masing-masing ya!!. 



Khamis, 6 Mac 2014

GOTONG ROYONG AMALAN 5S SIRI 8/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Gotong-royong Amalan 5S diteruskan lagi esok di zon masing-masing ya!!. 


POSTER LAWATAN AMALAN 5S KE JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN NEGERI SELANGOR (JPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat akan mengadakan lawatan sambil belajar sempena program Amalan 5S ke Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor pada 7 Mac 2014 (Jumaat) jam 9.00 pagi. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kaedah pelaksanaan program Amalan 5S di jabatan tersebut memandangkan Pensijilan Amalan 5S telah diperolehi baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu berikut dipanjangkan poster lawatan untuk makluman tuan/puan.