Khamis, 23 April 2015

Rabu, 22 April 2015

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER AMALAN 5S PDTKL




Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Poster Amalan 5S. Tujuan Pertandingan ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan kakitangan berkenaan Amalan 5S.

Penciptaan poster ini penting bagi menggambarkan amalan-amalan 5S yang diadakan di PDTKL, malah seiring dengan visi, misi serta objektif Amalan 5S PDTKL iaitu mengamalkan,, membudayakan dan menerapkan amalan 5S ini dalam tugasan harian.

Konsep penciptaan poster adalah Amalan 5S di PDTKL. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja PDTKL. Hadiah wang tunai dan sijil penyertaan akan diberikan kepada pemenang bertuah.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 24 April 2015.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Pertandingan Mencipta Poster Amalan 5S di talian 03-3182 2503 / 2563.


Jumaat, 17 April 2015

GOTONG ROYONG AMALAN 5S SIRI 7/2015


Kami warga kerja PDTKL terus mengadakan gotong royong bagi mengekalkan Amalan 5S.


Selasa, 14 April 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA PROGRAM AMALAN 5S KE KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA


Pada 13 April 2015 bersamaan dengan 23 Jamadilakhir 1436 Hijrah, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena program Amalan 5S ke Kementerian Kerja Raya Malaysia. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kaedah pelaksanaan program Amalan 5S di jabatan tersebut memandangkan Pensijilan Amalan 5S telah diperolehi.

Seramai 30 orang kakitangan telah menghadiri lawatan tersebut.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami semasa lawatan tersebut dijalankan:-





















Khamis, 9 April 2015

GOTONG ROYONG AMALAN 5S SIRI 6/2015


Gotong-royong Amalan 5S diteruskan lagi !!


ORIENTASI AMALAN 5S BAGI KAKITANGAN BARU PDTKL



8 APRIL 2015 - Satu Orientasi Amalan 5S telah disampaikan oleh penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat, Encik Ahmad Edzuan Bin Shamsuddin bersama kakitangan PDTKL yang baru di Bilik Mesyuarat Sri Morib.


Seramai 25 orang kakitangan baru telah hadir ke Orientasi tersebut. Antara intipati yang disampaikan adalah berkenaan Amalan 5S di PDTKL antaranya Misi, Visi, Objektif dan penerangan berkaitan kepentingan kerjasama bagi menjayakan Amalan 5S. Penyelaras juga menekankan bahawa bagi memastikan pensijilan Amalan 5S diteruskan untuk tahun yang ke-dua ini, kesemua warga PDTKL perlu saling bekerjasama dan komited untuk memastikan perjalanan Amalan 5S di PDTKL dapat direalisasikan dengan sempurna dan lancar.


Penyelaras juga mengingatkan kepada semua Warga Kerja PDTKL tentang tujuan asal Amalan 5S adalah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.


Untuk itu “Sentiasa amal “ perlu sentiasa dirpraktikan bagi memastikan pengurusan Amalan 5S di PDTKL dapat dilaksanakan secara berterusan dan dengan jayanya.