8 APRIL 2015 - Satu Orientasi Amalan 5S telah disampaikan oleh penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat, Encik Ahmad Edzuan Bin Shamsuddin bersama kakitangan PDTKL yang baru di Bilik Mesyuarat Sri Morib.
Seramai 25 orang kakitangan baru telah hadir ke Orientasi tersebut. Antara intipati yang disampaikan adalah berkenaan Amalan 5S di PDTKL antaranya Misi, Visi, Objektif dan penerangan berkaitan kepentingan kerjasama bagi menjayakan Amalan 5S. Penyelaras juga menekankan bahawa bagi memastikan pensijilan Amalan 5S diteruskan untuk tahun yang ke-dua ini, kesemua warga PDTKL perlu saling bekerjasama dan komited untuk memastikan perjalanan Amalan 5S di PDTKL dapat direalisasikan dengan sempurna dan lancar.
Penyelaras juga mengingatkan kepada semua Warga Kerja PDTKL tentang tujuan asal Amalan 5S adalah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
Untuk itu “Sentiasa amal “ perlu sentiasa dirpraktikan bagi memastikan pengurusan Amalan 5S di PDTKL dapat dilaksanakan secara berterusan dan dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan