Selasa, 27 Disember 2011

Lawatan Amalan 5S ke Pejabat Daerah/Tanah Alor Gajah

ALOR GAJAH : Pada jam 10.30 pagi, tanggal 25 Muharram 1432H bersamaan dengan 21 Disember 2011, seramai 30 orang warga Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat (PDTKL)  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah/Tanah Alor Gajah (PDAG) bagi melihat sendiri pengamalan Amalan 5S disana dan berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut. Rombongan ini diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan  5S PDTKL, En. Ahmad Edzwan Bin Shamsuddin.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN AMALAN 5S KE
PEJABAT DAERAH/TANAH ALOR GAJAH




Lawatan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Alor Gajah iaitu Dato' Idrus Bin Md Jani. Ini ikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan dan seterusnya para hadirin telah dipaparkan dengan tayangan video korporat PDAG bagi menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan peranan Jabatan tersebut.


Taklimat mengenai pengamalan dan pengalaman Amalan 5S PDAG telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (khidmat Pengurusan). Pelbagai maklumat telah dikongsikan bersama dengan  tetamu yang hadir bagi memberi kefahaman serta gambaran sebenar mengenai pengamalan 5S di Jabatan tersebut semasa sesi perbincangan berlangsung. Taklimat diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan  ketua rombongan juga sempat menandatangani buku pelawat Jabatan.
Lawatan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari selepas sesi lawatan ke sekitar kawasan pejabat bagi melihat sendiri cara pengamalan 5S yang dilakukan oleh Jabatan tersebut.

PDTKL mengucapkan  jutaan terima kasih di atas kesudian PDAG yang sudi menerima lawatan dan berkongsi pengalaman bersama.

Sabtu, 3 Disember 2011

Lawatan Amalan 5S ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)

Satu lawatan ke Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya telah diadakan pada 29 November 2011 dengan diketuai oleh En. Shaqul Rahim Bin Hj Omar selaku pengerusi amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Lawatan seramai 35 orang dengan menaiki bas PDTKL bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Putrajaya pada jam 9.30.

BPP telah dipilih sebagai penanda aras untuk dilawati kerana pencapaiannya dalam memenangi tempat pertama Konvensyen Amalan 5S Peringkat Kebangsaan bagi Sektor Awam pada tahun 2010 anjuran MPC.Objektif utama lawatan adalah untuk melihat secara dekat amalan 5S yang diamalkan.

Agenda lawatan dimulai dengan lawatan dan tinjauan ke Bahagian Khidmat Pengurusan, BPP bagi melihat struktur penyimpanan fail-fail di BPP. Taklimat dan tayangan video 5S turut ditayangkan. Sesi terakhir adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih atas kesudian dan layanan yang diberikan oleh pihak BPP kepada semua warga kerja PDTKL sepanjang lawatan tersebut. Lawatan bersurai jam 1.00 petang selepas sesi penutup dan penyampaian cenderahati.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN 5S PDTKL KE BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA







 

Khamis, 1 Disember 2011

Audit Pra MPC

Satu lawatan pra audit dr MPC (Malaysia Productivity Corporation), yang diadili oleh En. Lizuan Bin Latif telah diadakan pada 25 November 2011 yang mana PDTKL ingin membuat satu persediaan awal sebelum kehadiran Audit MPC yang sebenar.












Selasa, 22 November 2011

Banner & Bunting Amalan 5S PDTKL

Banner Amalan 5S PDTKL

Bunting Amalan 5S PDTKL

Bunting ini diletakkan disekitar Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Selasa, 15 November 2011

Program Gotong Royong Amalan 5S Siri 3/2011 & Senamrobik PDTKL

Program Gotong-Royong Perdana Dan Amalan 5S PDTKL telah diadakan pada 10 November 2011 (Khamis). Program ini dilaksanakan meliputi aktiviti gotong-royong di kawasan persekitaran PDTKL , Taman angkat zon dan aktiviti Amalan 5S di semua Bahagian/Unit. Program dimulakan dengan senaman aerobik yang di ketuai oleh Puan Zubaidah Hashim. Program bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00petang.










Rabu, 23 Mac 2011

Lawatan Amalan 5S ke Majlis Daerah Kuala Langat

Pada 17 Mac 2011, Buat kali pertama Jawatankuasa Induk Amalan 5S telah membuat lawatan ke Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang diketuai oleh Encik Ahmad Edzuan Bin Shamsuddin, selaku penyelaras amalan 5S PDTKL. Tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan panduan berkenaan pelaksanaan 5S ke arah persijilan.


Seramai 18 orang kakitangan PDTKL telah hadir dan diberi taklimat ringkas oleh Penyelaras 5S MDKL, Puan Norwani Binti Mustafa. Rombongan dibawa melawat persekitaran kawasan MDKL merangkumi pejabat – pejabat dan kaunter. Kami amat berterima kasih di atas kesudian MDKL menerima kunjungan kami yang mana amat bermakna dan mampu merealisasikan impian mereka untuk mendapat persijilan 5S dalam tempoh yang terdekat. Lawatan ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi kerjasama antara PDKL dan MDKL bukan saja dalam amalan 5S tetapi juga dari segi pembelajaran