Selasa, 27 Disember 2011

Lawatan Amalan 5S ke Pejabat Daerah/Tanah Alor Gajah

ALOR GAJAH : Pada jam 10.30 pagi, tanggal 25 Muharram 1432H bersamaan dengan 21 Disember 2011, seramai 30 orang warga Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat (PDTKL)  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah/Tanah Alor Gajah (PDAG) bagi melihat sendiri pengamalan Amalan 5S disana dan berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut. Rombongan ini diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Induk Amalan  5S PDTKL, En. Ahmad Edzwan Bin Shamsuddin.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN AMALAN 5S KE
PEJABAT DAERAH/TANAH ALOR GAJAH




Lawatan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Alor Gajah iaitu Dato' Idrus Bin Md Jani. Ini ikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan dan seterusnya para hadirin telah dipaparkan dengan tayangan video korporat PDAG bagi menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan peranan Jabatan tersebut.


Taklimat mengenai pengamalan dan pengalaman Amalan 5S PDAG telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (khidmat Pengurusan). Pelbagai maklumat telah dikongsikan bersama dengan  tetamu yang hadir bagi memberi kefahaman serta gambaran sebenar mengenai pengamalan 5S di Jabatan tersebut semasa sesi perbincangan berlangsung. Taklimat diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan  ketua rombongan juga sempat menandatangani buku pelawat Jabatan.
Lawatan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari selepas sesi lawatan ke sekitar kawasan pejabat bagi melihat sendiri cara pengamalan 5S yang dilakukan oleh Jabatan tersebut.

PDTKL mengucapkan  jutaan terima kasih di atas kesudian PDAG yang sudi menerima lawatan dan berkongsi pengalaman bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan