Khamis, 9 Januari 2014

Kursus Audit Dalam Amalan 5S Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat



7 - 8 Januari 2014 - Sepang : Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman Amalan Amalan 5S selama 2 hari bermula dari 7-8 Januari 2014 yang lalu, bertempat di Hotel Concord Inn, Sepang.

Objektif kursus ini adalah :
  • Memahami keperluan dan kepentingan melaksanakan audit dalaman 5S sebagai satu mekanisma ke arah membudayakan amalan 5S yang berterusan.
  • Memberi pendedahan yang tepat tentang kaedah, prinsip dan piawaian 5S dalam melaksanakan aktivti audit dalaman yang efektif dan adil.
  • Memperluaskan cetusan idea dalam merancang dan menguruskan keputusan audit sebagai penunjuk dan rekod peningkatan amalan 5S.
Membangunkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran juruaudit dalaman agar lebih berkeyakinan dalam melaksankan tugas auditan 5S.
MPC dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi kursus ini . Penceramah yang diundang ialah Encik Mohd Lizuan Bin Abd. Latif. Seramai 33 peserta telah hadir dalam menjayakan kursus ini.Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan 5S PDTKL. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menjayakan kursus ini amat membanggakan disamping sokongan penuh oleh Naib Pengerusi yang turut serta mendengar taklimat bersama peserta selama kursus ini berlangsung.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil ketika kursus sedang berlangsung:-



Sesi Pendaftaran peserta kursus 
 
 Majlis perasmian kursus audit dalaman amalan 5S dirasmikan oleh En Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan 5S PDTKL
 

Sesi ceramah oleh penceramah Encik Mohd Lizuan Abd.Latif


 
 




Sesi taklimat dan ceramah



Aktiviti secara berkumpulan
 

Perbentangan aktiviti berkumpulan
 
 
 
Hasil /keputusan perbentangan berkumpulan
 


 Mesyuarat penutup kursus dan latihan audit dalaman amalan 5s 
 
 
Sedikit penghargaan dan cenderahati dari pihak Pejabat Tanah/Daerah Kuala Langat kepada tuan penceramah Encik Mohd Lizuan Bin Abd. Latif.
 
 
Jamuan makan selepas majlis penutupan kursus





Tiada ulasan:

Catat Ulasan