Rabu, 5 Februari 2014

MAJLIS PELANCARAN AMALAN 5S PDTKL


Majlis Perasmian Pelancaran Amalan 5S PDTKL

Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah melancarkan Perasmian Pelancaran Amalan 5S lobi aras 1 bangunan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat iaitu Tuan Haji Rosli Bin Othman dengan aktiviti memotong riben pada bunting Amalan 5S diikuti lagu tema Amalan 5S.






Lagu Tema Amalan 5S diambil dari lagu Nyanyian Faizal Tahir yang berjudul Gemuruh. Objektif lagu ini diambil menjadi lagu tema Amalan 5S adalah rentak lagu dan lirik lagu tersebut yang membawa semangat kesungguhan dan kerjasama untuk melaksanakan Amalan 5S di PDTKL.





Selain itu, pertunjukan montaj aktiviti-aktiviti Amalan 5S juga ditayangkan selepas majlis memotong riben pada bunting.






Gemuruh - Faizal Tahir


Bila bertalu rentak dikalbu
Gemuruh jiwa semangat membara
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan