Rabu, 22 April 2015

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER AMALAN 5S PDTKL




Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Poster Amalan 5S. Tujuan Pertandingan ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan kakitangan berkenaan Amalan 5S.

Penciptaan poster ini penting bagi menggambarkan amalan-amalan 5S yang diadakan di PDTKL, malah seiring dengan visi, misi serta objektif Amalan 5S PDTKL iaitu mengamalkan,, membudayakan dan menerapkan amalan 5S ini dalam tugasan harian.

Konsep penciptaan poster adalah Amalan 5S di PDTKL. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja PDTKL. Hadiah wang tunai dan sijil penyertaan akan diberikan kepada pemenang bertuah.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 24 April 2015.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Pertandingan Mencipta Poster Amalan 5S di talian 03-3182 2503 / 2563.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan